Pakej Murah Travel: SUNSET DINNER CRUISE EXPERIENCE DI LANGKAWI

SUNSET DINNER CRUISE EXPERIENCE DI LANGKAWI

SUNSET DINNER CRUISE EXPERIENCE DI LANGKAWI 





Untuk aktiviti sunset cruise langkawi ni, korang kena pergi ke Jeti Pelancongan Kuah, lebih tepat lagi ke Royal Langkawi Yatch Club. Lokasi ni betul betul dekat sebelah Jeti utama orang naik naik feri untuk ke Langkawi tu.

Korang boleh waze atau guna google maps untuk lokasi Royal Langkawi Yatch Club

Durasi berlayar atas cruise ni mengambil masa dalam 3 jam. Takdela pusing jauh jauh pun. Dekat kawasan berdekatan je tapi pada minimum speed jadi kita nak berdiri, bergambar, nak makan, takde la bergoyang goyang dan rasa terganggu. Siapa yang ada mabuk laut tu, jangan risau. Sebab memang tak rasa bergelora langsung. Memang selesa.


Nama pun Sunset Dinner Cruise, makanya ada lah hidangan makan malam disediakan. Menu kitorang haritu ada nasi goreng, sate, rojak buah, udang bakar, ikan bakar dan ada beberapa lauk lain. Sedapp. Memang layan la makan atas cruise tu. 


Atas bot ni ada kemudahan tandas dan bilik mandi juga. So takyah risau la kot nak terkencing ke apa. Serba serbi lengkap dan selesa. Ha cerita pasal Seawater Jacuzzi tadi tu, make sure jangan lepaskan peluang untuk cuba tau. Bawa baju mandi dan baju tukar siap siap. Tuala disediakan, so takyah susah susah bawak. 


Aktiviti Seawater Jacuzzi

Seawater Jacuzzi ni concept nya ialah, akan ada jaring dipasang di belakang bot dan kita bila turun dan mandi dalam kawasan jaring tu. Disebabkan bot pun tengah bergerak, jadi akan ada arus masa kita mandi tu. Jadi la ala ala jacuzzi. Untuk aktiviti ni, semua diwajibkan pada life jacket untuk keselamatan. Best juga main ni tapi bergantung pada keadaan cuaca. 


Harga untuk pengalaman cruise ni bergantung pada jenis bot, dan jumlah pax. Bot yang besar memuatkan ramai orang, lagi murah sikit la harganya. 

Dan tengok pada menu makanan..kalau ada pakej dinner + bbq, mungkin sedikit mahal..tapi sebenarnya puas hati ambik pakej sunset cruise langkawi ni..

Yang suka bergambar atau OOTD tu memang wajib booking pakej cruise ni..memang gambar ohsem lawa giler bila dok atas kapal macam percutian mewah atas kapal layar

Untuk senarai harga pakej sunset cruise, boleh klik gambar bawah ni, harga berbeza ikut jenis kapal 


KLIK SINI UNTUK INFO PAKEJ RM89 SEORANG


KLIK SINI UNTUK INFO PAKEJ RM175 SEORANG


KLIK SINI UNTUK INFO PAKEJ RM160 SEORANG


KLIK SINI UNTUK INFO PAKEJ RM195 SEORANG