Cara booking tiket ETS dari KL SENTRAL ke PADANG BESAR
Mesti korang sedang "google" atau "search" info cara naik train ETS dari KL Sentral ke padang besar kan?
Biasanya orang yang beli tiket ETS dari KL SENTRAL ke stesen KTMB PADANG BESAR tujuannya adalah ingin bercuti ke HATYAI THAILAND.
Jadi korang kena rancang betul2 perjalanan jadual tiket ETS korang takut salah timing untuk ke HATYAI THAILAND.
Jom saya berkongsi sedikit info cara booking tiket ETS dari KL ke PADANG BESAR
Korang boleh beli tiket ETS/TRAIN di SINI
Saya cadangkan booking tiket ETS departure dari KL SENTRAL waktu malam iaitu booking tiket last jam 10.30 malam
Kenapa? Sebab jangkaan untuk estimate sampai ke stesen KTMB PADANG BESAR adalah lebih kurang jam 5 pagi
Jadi korang ada masa untuk mandi/basuh muka dan juga solat subuh di surau stesen KTMB PADANG BESAR.
Selepas solat subuh, korang boleh terus ke imigresen malaysia untuk beratur cop pasport.
Imigresen malaysia bukak jam 6pagi..biasanya kalau public holiday atau hari weekend, awal pagi jam 6pagi sudah ramai yang mula beratur di imigresen malaysia.
Biasanya awal pagi memang akan nampak banyak bas sewa khas trip hatyai dari KL
dan juga yang datang naik ETS, ramai yang beratur panjang kalau hari tu peak season atau cuti sekolah/public holiday.
Booking terus tiket ETS dua hala/tiket pergi PADANG BESAR dan tiket balik KL SENTRAL
Cadangan saya beli tiket waktu 4.45pm..itu tiket train paling last di stesen ktmb padang besar.
Kenapa? Supaya korang tidak terkejar masa..jadi sempat lah korang naik train balik kl sentral.
Jadi korang kena balik dari hatyai sebelum jam 3petang kena sampai border thailand-malaysia..sempatlah korang beratur cop pasport..mana tahu orang ramai beratur cop pasport..jadi korang taklah terkejar masa sempatlah naik train ETS jam 4.45 petang
Klik gambar utk booking online tiket ets
HARGA TIKET ETS DARI KL SENTRAL-PADANG BESAR
ETS dari KL Sentral ni ada dua jenis train.
Satu jenis ETS-GOLD dan satu lagi jenis ETS PLATINUM.
Train ETS GOLD ni murah sikit sebab cuma ada seat standard sahaja.
Tapi ETS GOLD ni biasanya train untuk trip waktu pagi dan petang. Jarang ada train ETS GOLD bergerak waktu malam
Dan train ETS PLATINUM ni pula ada 2 pilihan seat tempat duduk iaitu seat bisnes (mahal sikit) dan seat standard
Dan ETS PLATINUM ni banyak bergerak waktu malam jam 10malam..saranan saya jika nak beli tiket train ETS ke padang besar seeloknya beli tiket ETS PLATINUM bergerak waktu malam
Kita pergi pula bab booking pakej hatyai dari border padang besar
CARA NAK BOOKING PAKEJ HATYAI DARI BORDER PADANG BESAR
cara booking tiket ktmb online,booking tiket ets padang besar,station ets kl sentral,stesen ktmb padang besar,booking tiket ktmb online,cara booking ets secara online,booking tiket ETS online, harga tiket ets kl sentral, pakej hatyai 2022, pakej hatyai murah, beli tiket ets padang besar, tiket ets dari kl sentral, ets gold dan ets platinum, cara booking pakej hatyai dari padang besar, trip percutian ke hatyai, pakej hatyai 2022