Pakej Murah Travel: Beli tiket bas dari Pulau Pinang ke Hatyai

Beli tiket bas dari Pulau Pinang ke Hatyai

 

Panduan Bas dari Bas dari Pulau Pinang ke Hatyai


Bas dari Pulau Pinang ke Hatyai

Sila ambil perhatian bahawa terdapat pelbagai jenis bas bagi laluan bas dari Pulau Pinang ke Hatyai dari bas, bas mini atau minivan disediakan bagi laluan ini.

Bagaimana dan di Mana Membeli Tiket?

Terdapat pelbagai pengusaha bas dari Pulau Pinang ke Hatyai. Pengusaha bas ini menghubungkan rangkaian penjualan yang baik bekerjasama dengan hotel bajet dan ejen pelancongan di kawasan Georgetown. Ejen-ejen ini akan memberitahu anda untuk bertemu di satu tempat dan masa untuk menunggu bas mini dan van.

Selain itu, anda boleh mendapatkan tiket dari Komtar di mana terdapat banyak kaunter menjual tiket bas. Tempahan tiket online untuk bas dari Pulau Pinang ke Hatyai bertolak dari outlet tiket Komtar. Lebih baik jika anda membeli tiket online atau membeli tiket dari ejen kerana anda mungkin dikenakan cas berlebihan dan terlepas bas jika anda membeli tiket melalui ejen yang tidak bereputasi.

Tempoh, Harga Tiket, Jadual dan Nota

Harga tiket bas dari Pulau Pinang ke Hatyai adalah RM 35.00. Bas mini atau minivan pertama bertolak dari Pulau Pinang ke Hatyai pada pukul 5:00am. Jadual seterusnya adalah pada 8:00am, 12:00pm dan 3:00pm. Semasa musim percutian seperti cuti awam, jadual akan meningkat.

Tempoh perjalanan bas dari Pulau Pinang ke KL mengambil masa kira-kira 4 jam, bergantung pada keadaan trafik. Persinggahan ke tandas akan disediakan sekiranya ada permintaan.

Sila ambil perhatian tempat ketibaan di Hatyai adalah di stesen bas Hatyai atau stesen keretapi.

Menempah tiket online dari Pulau Pinang ke Hatyai adalah mudah, selamat dan dipercayai. Ia mengurangkan kerumitan anda untuk membeli tiket dari ejen tidak dikenali. Bercadang untuk bercuti ke Hatyai dari Pulau Pinang? 


Tempah tiket bas dari Pulau Pinang ke Hatyai anda di BusOnlineTicket.com untuk mendapatkan tempat duduk lebih awal tanpa perlu risau.